Monolog 2

December 8th, 2008 by catsons1605

Aku pernah berbicara tentang buta dungunya cinta

menghambur amarah pada kealpaan sendiri

menampar biar gegar sendi-sendi sedar dan sesal

meraung biar kemarau tegar nafsu merindu…

 

Hampir pasti ketenangan itu kugapai

mengapa sengaja kau bakar kembali damar cintamu…

kau suburkan tandus kemarau dengan harapan rindumu…

 

Tahukan engkau betapa sukarnya aku menapak hari-hari lepas setelah jejakku kau benam dalam egomu?

Aku bangkit atas keyakinan kebencianmu

tapi kau sengaja menguji lemah hatiku dengan pujukan asmaramu..

 

Aku mohon Tuhan lindungi aku agar tak lemas dalam pujukmu…tak hanyut dalam rayumu..

Atas kelemahanku…Ku mohon dengan sangat…

Tanda-tanda Si Dia Mencintai Kamu.

June 16th, 2008 by catsons1605
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun kamu merasa sangat tidak selesa dengan keadaan fizikal kamu.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti "selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur, take care dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMSnya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku cinta padamu" tetapi berselindung ayat disebalik kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari lahir dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau menghantar ucapan melalui SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat kejadian yang dilaluinya bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya dan saat itu, matanya pasti berkaca, kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri sudah lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kamu musnahkan? Pasti kamu lupa, tapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu, kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya lakukan.
  10. Kalau kali terakhir kamu bertemu kamu mungkin sedang selsema atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon kamu untuk bertanya keadaan kamu kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu akan berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS "good luck" untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan satu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi barang itu sangat berharga dan istimewa padanya.

Musim Patah Hati

June 15th, 2008 by catsons1605

Hati ini dulu pernah patah

ditikam..ditoreh kata janji dan sumpah

tercedera hatiku luka berdarah

bak lemas dilanda bah nan gah

lemah dan lelah

tersadung kakiku, tersungkur rebah

saat cinta dikerah untuk berpisah….

Hati ini dulu pernah sengsara

ditinggal pergi si pendusta cinta

dihumban ke tepi pemuja yang alpa

dibuang sang pencinta yang memungkiri janji setia

hancur lagi hati saat dikhianati kekasih yang kononya sahabat sejiwa…

Bersama Jam aku berputar

detik demi detik berteman kecekalan

bangkit aku dari kejatuhan

aku berenang dari lautan kekecewaan

tekad bersulam semangat keazaman buat penyembuh luka..membasuh duka..menghapus nestapa….

Aku akan jadi seteguh karang di laut

Takkan pernah hancur sekalipun tenggelam ke dasar laut terdalam.

Aku akan jadi bunga yang mekar mewangi

sekalipun tanpa sang kumbang di sisi, saat aku merintih sendiri.

Aku akan jadi segagah mentari

berkilau terus menyilau sesudah malam berlalu

sesudah hujan gerimis berarak pergi.

Telah tersurat di azali

terselit rahsia tersembunyi untuk setiap yang terjadi

hanya DIA Maha Mengetahui

kau bukan yang terbaik untukku

saat kau menangis menutup pintu hatimu

terbuka gapura kasihNYA buatku

saat kau melangkah pergi

terbentang rahmat limpahanNYA di hadapanku

saat kau hiris kepingan hati

agar setajam mata belati.

Keimanan pengubat jiwa, masa menentu segala

kalah bukan aku mengalah, aku utuh berdiri gagah

pergilah kau mengheret pilu

hilang bersama sendu, lenyap membawa rindu yang tidak lagi kuperlu.

Berhijrahlah dikau wahai DIRIKU

ayuh berangkat dari daerah sepi yang tak punya erti

bersenjatakan kekuatan rohani.

Yang patah kan tumbuh

yang hilang akan berganti

kebenaran sentiasa mengatasi kebatilan

itu janji Tuhan yang pasti

tiap hembus nafas menjadi saksi, aku bisa terus berlari walaupun tanpa dirimu yang pernah sepenuh raga aku kasihi.

Musim patah hati pun berlalu……

Rancangan yg GAGAL kerana GAGAL utk merancang…(Dedikasi untuk buah hati aku)

June 30th, 2007 by catsons1605

Dah lamer tak menulis…tapi setelah berhadapan dengan satu peristiwa yg melibatkan org yg aku sayang…aku kembali menulis..juz to tease him…heheheh…

Actually, buah hati aku ni kalau ikut pada rancangan asalnyer..pada waktu dan ketika ini seharusnya sedang berasak2 dengan mamat Indon dan bersesak2 menghidu udara tercemar di bumi Jakarta Indonesia, sebagai imbuhan untuk kejayaan yang diraih dengan rakan2 lain…

Malangnya..tak semua yg dirancang akan berjalan seperti yg dirancang..kerana ada ketika rancangan yang dibuat adalah tanpa rancangan yang betul dan kegagalan untuk merancang dengan betul inilah menyebabkan segala rancangan GAGAL…mungkin agak berbelit2 sket..but it doesn’t matter..as i’v mentioned earlier..dis entry is dedicated to my sweetheart..so, i strongly beliv..he really understand this…hehehehee…

Tapi tak aperla…hopefuli, he will learn from his mistake.."it was irresponsible of you"…and let me add one word there…"VERY irresponsible"…

So dear,  next time, make sure plan elok2…kalau tak…tak mustahil it will happen again…i nOe u re sad…regret…well..u sopposed to….tapi tak perla..dah tak der rezeki nak buat macam mana…

Emm..neway…tak dapat makan nasi padang tapi dapat makan kat Restoran Melayu pun not bad…tak dapat pusing2 kat jakarta tapi dapat tengok Pusat Kraf kat Jalan Conlay put, was a gud xperience for u…and spending time wif my family..as a part of my family…will at least shown u…how much we love u…care about u..and alwez want to see u hepi….

Anna_4_010

Love u dear…dont be so sad..remember..banyak hikmah mungkin…Anna_4_013

ReUnion…

November 5th, 2006 by catsons1605

Actually raya tahun ni mmg best..sakan jugak la aku beraya walaupun tanpa baju raya..the best part wus meeting wif da ex skulmate yg mmg dah lamer gell tak jumpa..ader yg nearly 6 and 7 years jugaklah missing in action..so..swonok sgt…Raya_2 

So, thanx to ayan, ijah, kak zura, azie,anum, erul,inspektor sukhairi and Mr.Fadz…for the precious moment dat we’v spent together…and to Mr.Fadz..i realized..Plat kete kiter samer yer..maybe it was juz a coincident..rite?..but it’s surprised me anyway..

     Tu citer kat kg…reUnion ngan Skulmate..last saturday reUnion ngan member2 UIA plak..kat umah Pidah..happening gell…Yoe, Jan, Pidah ngan aku mmg cukup gamatla..siap penuh gaya dan aksi bergosip..hehhehe…luper diri tu..kahkahkah…neway…Selamat Pengantin Baru untuk Kak Su..walaupun tak nampak inai di jari and tak jumpa husband pun lagi..tak per..masing2 punyer privacy…Dscn0330 Dscn0321 

After gossipping like hell…aku pi jumpa Muaz wif his new look…sajer kuar makan2..lamer tak jumpa dier…so aku end up kat JJ wangsamaju after pusing2 cari kedai makan yg ruper2nyer tutup..hehehehehDscn0335…last2 makan kat Secret Recepi jer…

So, it was a great saturday..and arini..aku memenatkan diri utk Hari Raya Gathering opis aku kat Sheraton Subang…and aku menang lucky draw..esok baru tau dapat aper..tak sabo rasenyer..harap2..yg best2 la…

Sahabat atau kekasih…

October 20th, 2006 by catsons1605

Sengaja aku menulis tentang dilema yang mungkin sedang dihadapi oleh sesetengah wanita..dan mungkin aku menulis kerana aku merasakan bahawa ada di antara insan2 yang hampir denganku sedang mengalaminya tetapi tidak menyedarinya…lantas…ingin aku berkongsi dan bertanya pendapat..tentang jawapan dan pilihan paling tepat untuk menyelesaikan dilema ini..

Bayangkan jika kalian yang berhadapan dengan situasi ini…perlu membuat pilihan samaada mahu memilih kekasih hati dan kehilangan sahabat..atau terus bersahabat..tetapi kehilangan kekasih..???..

Aku bertanya kerana aku dihantui persoalan pilihan..siapa yang harus diutamakan?..sahabat yang sekian lama berkongsi susah senang..suka duka dan segala rasa..atau kekasih yang menyintai dengan kondisi bahawa tidak boleh berkongsi dengan sahabat2 lain..atas alasan yang tidak dapat aku rasionalkan dengan akalku sendiri…

Pasti ada yang memilih sahabat..kerana berpandangan bahawa sahabat lebih mengerti dan sedia menjunjung erti persahabatan dan kesetiaan hingga ke akhir hayat dan melupakan kekasih kerana pasti suatu waktu nanti kekosongan itu akan dapat diisi dengan pilihan yang mungkin lebih baik…

Dan..ada juga yang memilih kekasih..kerana sahabat tidak mampu memberi kehangatan jiwa dan membakar gelora rasa..sahabat tidak dapat menjemput pergi dan pulang kerja..sahabat tidak dapat setiap hari bermadah2 cinta….

Aku serahkan pada semua untuk memilih….bagi aku mudah..sahabat dan kekasih tidak diciptakan sebagai pilihan..tetapi sebagai manusia kita berhak memiliki kedua-duanya…kerana memiliki keduanya bukan suatu dosa dan kesalahan moral…malah ia tuntutan dan fitrah manusia yang saling memerlukan antara satu sama lain..kerana perkongsian itu..boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah dan wadah..maka terserah…

Jika kita memilih untuk dikongkong..membiarkan kebebasan diri disekat atas alasan cinta dan kasih sayang..maka kita sengaja membiarkan maruah diri diinjak-injak..dan hak sendiri disepak2 oleh insan yang bergelar kekasih yang pastinya tidak punya hak yang mutlak…

Apabila kita menuturkan sesal kerana kehidupan yang bakal kita lalui sudah kita hidu ranjau dan kesukarannya..namun kita masih tega meneruskan demi "sesuatu" yang hanya "kita" yang tau..maka kita sebenarnya berani dalam kebodohan dan keegoan kita sendiri…

Lelaki yang memberi pilihan antara DIRINYA dan SAHABAT..bagi aku adalah lelaki yang tidak wajar dihormati dan diletakkan di tempat yang tinggi…

Gunalah akal yang ada untuk menilai…

Aku menulis kerana aku terdesak untuk meluahkannya…

Saturday in memory…

September 9th, 2006 by catsons1605

Cam memoirs of Geisha plak title ni..hikhikhik..sajer jer. Actually, yesterday (Saturday 9/9/2006) was my graduation day.Dun get me wrong..bukan baru grad sebab extend or wut..but it was my 2nd covo after my degree last year.

Akhirnya, grad jugak aku dalam malas2 nak attend DSLP class..alhmadulillah. Takde la xcited sgt sebab dis time tak la semeriah sebelum ni. Tapi ok lah. Thanks to my sister n brother sebab sudi datang n si kecik ismah yg tak sempat tengok ucu on stage sebab tertido dalam dewan…hehehe

Special thanks to MUAZ..sebab sudi spent time wif me juz to have a little celebration on my grad day..emm..sowie susahkan Muaz..neway, tudung yellow tu mmg padan n sesuwai sangat ngan baju tu…nasib baik kita buat pilihan yg tepat…(ada org tu dah malas nak layan sebenonyer)..hikhikhik

Thankz much2 utk HOT yg sentiasa sudi mengembirakan…comel sangat jam tu..kaler yellow jugak…emm..so lepas ni, sure pagi2 dah dengar sore hot kejut akak bangun tido..thanks dear…

Emm..n malam tadi jugak, aku attended dinner wif KDBm kat Legend hotel..mmg superb..rasa cam kat Grammy Award jer..dengan award giver yg glamer gell n skrip yg lawak hell…mmg mantaplah..Though, it’s not perfect..but for me..it’s more than perfect..and beyond my satisfaction…cuma down sebab tak dapat dengar DEALOVA (cip2 n rusdy)..n tak dapat tengok multimedia presentation prepared by ADira..

Apa2pun, dis Saturday mmg memorable la..cuma tetiba jadi tak best sebab skang ni aku kene gi keje..n today is SUNDAY…helpppppppp!!!!!!!!!

Persis Mimpi…

September 5th, 2006 by catsons1605

Emm..sesuatu yg tak pernah aku bayangkan untuk aku lakukan akhirnya aku lakukan. 4/9/2006, lebih kurang jam 7 ptg aku terima SMS dari seorang "teman" yang hampir bertahun tidak pernah kusapai. Sms tersebut aku terima tanpa sebarang rasa di hati, walaupun sepanjang hayatku sebelum ini aku mendendaminya dan membencinya sepenuh hati.

Sms nya berbau persahabatan yang sangat indah. Mengajak aku keluar makan malam bersama untuk kali yg pertama setelah bertahun sepi. Berputar mindaku mencari alasan..agar penolakkanku nampak logik dan tidak nampak dibuat-buat.

Emm..aku sedikit tenang bilamana akhirnya aku sendiri memutuskan untuk tidak pergi..Namun sebaik berita itu kukhabarkan kepada seorang kakak yg sangat mengerti derita hati suatu waktu dulu..aku keliru..dia mendesak aku pergi..atas dasar persahabatan katanya. Ahh…masih bernanah hati ini..tidak mudah..namun, sekeras2 hatiku, cair juga dek pujukan seorang kakak yg sangat diplomasi dalam memancing minat dan semangatku..

Dengan berat hati, aku pergi juga..dalam jam 10.15 aku tiba di hadapan hotel PRESCOT INN KL menjemput"nya" yg kononnya outstation di KL..emm..pelik.Jiwaku seakan kosong..tiada debaran mahupun perasaan aneh…tenang-setenangnya…tiada marah, dendam, sayang mahupun teruja. Aku jadi manusia yg tidak berperasaan di hadapan lelaki yg pernah aku cintai sepenuh hati dan lelaki yg pernah aku tangisi saat dia pergi..kini tidak bermakna lagi dalam hidupku.

Kami makan malam di Tupai2..sengaja aku pilih restoran itu..tanpa sebarang sebab. Sepanjang malam, dia cuba lari dari memandangku..setiap kali aku melihatnya, dia lebih rela memandang lantai, meja dan mungkin jari jemarinya sendiri..sedang bila aku beralih arah..pantas dia mencuri pandang padaku…dan sekali dua, apabila pandangan kami bersatu..aku tetap tidak merasa sebarang debaran..

Kepulanganku lewat 12 malam disambut oleh kakakku dengan seribu satu pertanyaan..mungkin sengaja menguji gejolak hatiku..namun ketahuilah jiwa ini tetap kosong..tidak berdetik lagi untuknya..aku ikhlas menerimanya menjadi sahabat demi membunuh benci dan dendam yg telah sebati ini..

padaku..pertemuan yang tidah dirancang ini..persis mimpi..ia hadir tanpa rasa…..

Hectic Day

August 14th, 2006 by catsons1605

Alhamdulillah…hari baru di tempat baru…semuanya serba baru..First day kerja from 8am-9pm..mmg mantap gell!!!

Tak per..ni semua cubaan dan tanggungjawab baru..sampai bila nak escape…emm..moga2 aku tabah dan sabar…

Emm….macam ada ura2 untuk say gud bye kat Debat..huhuhu..sedih gell!!!

Apa Kita Rasa Bila Ditipu??

August 5th, 2006 by catsons1605

Cam serius jer bunyinye kan?..actually tak der la serius maner..juz wanna share my story and try to get da feedback…

Emm..apa kita rasa bila ditipu?…tak kiralah samaada telah ditipu, sedang ditipu mahupun akan ditipu?..Biasanya jawapan standard yang kita dengar ialah…"KuranG Hajar!!!..rasa bengang, marah..tension, nak bagi penyepak pun ada..biaserlah ..manusia maner yang suka ditipu kan?

Aku tambah lagi situasinya…yang menipu atau cuba2 menipu tu plak adalah org yang paling rapat ngan kita, paling kita sayang dan paling kita percaya…..peningkan?..hehehheeh…

Tambah lagi..benda yang ditipu tu plak adalah satu isu yang sangat kecil..yg asalnya tak perlu pada tindakan menipu pun..So…

Actually..dis is my situation…i’m facing it now…I dun call it as "problem" coz i neva threat it as a "problem"..but it’s juz another incident or coincident dat will furnish my life wif another version of xperience…hehehehe..

It was nothing at da begining..but it’s turned to sumthing else later..why?…kelakar la..Actually, malam tadi aku hantar SMS kat sumone..with "ayat2" buFFF…as usual..macam biaser..ayat2 mendengki dan rajuk yg sengaja dibuat2..becoz, org yg akan terima tu, adalah org yg biaser terima..so..supposedly..nothing la kan..

tapi..kalau Allah dah kata sesuatu tu nak jadi..jadi la jugak..dengan SMS yang tersalah dihantar..aku belajar lagi satu perkara…tak semua yang kita lihat, percaya di mata kasar…benar dan boleh diterima…berhati2lah..kerana apabila dengan kejujuran sendiri,kita mengharap kejujuran org lain..tak semua benda tu boleh berlaku..dun surprise la..

hehehe…tapi, pada aku benda ni terlalu kecil..sebab aku dah melalui sesuatu yang lebih besar lagi…ni semua tak der benda pon untuk aku…sekadar keadaan yang menyebabkan aku semakin percaya dan semakin berpegang kuat pada pendirian dan kepercayaanku sendiri…"Kita tidak boleh mempercayai sesiapa pun"…hanya Allah sumber kejujuran yang tiada tolok bandingan..

Hari ini..aku belajar lagi dari kesilapan…