Archive for June, 2005

Tuesday, June 28th, 2005

last friday sampai sunday aku tido pandan umah opismate, coz akak  aku g PD, famili day.Aku tak leh ikut, sebab DSLP class dah start. Punyela gigih, first class dah dtg lambat. Tp this time, tak der pun rase bersalah atau takut cam dulu bila dtg lambat..selamba and rase bangga jer..hehehe..maklumla,kelas org2 lama….

Lepas abis kelas, aku tggu alop n lynt, nak pi HUKM..unfortunately, terjumpa la plak ngan org2 yg aku tak sedia n tak terpikir untuk jumpa..nak wat camner?…tak kan nak lari kot..:(

Ptg tu gi tgok Iwan lagi kat HUKM.Seronok sgt bila tgok dia hepi bila ktorg datang. Bersungguh dia bercerita itu ini..xperience dia kat Indon, konfrontasi, kelaparan, ketakutan…macam2 la..tak sampai ati rasenyer nak balik bila dia tgh xcited bercerita…dlm detik2 gembira tu, rasa nak menitis jugak air mata bila dia cakap dia lapar…sampaikan membayangkan biskut kering jer pun, cukup menyelerakan..mana taknya, dah sebulan lebih tak makan..dalam tempoh sebulan ni, dah 6 kali dia operation…and, ader 2 kali lagi, bila dia dah ok sket. Kali ni aku berani nak tgok badan dia..lubang di perut, leher, pinggang..semuanya membuatkan aku terfikir 2 kali, betul ke yang sedang aku tengok tu, manusia biasa macam aku..tapi kenapa mudah benar doktor datang dan cakap.."cucuk sikit"..isk..entahla..moga dia dianugerahkan kekuatan dan ketabahan…

The most exciting part bila alop belanjer makan n eager nak dengar citer pasal umah tangga org yang aku kendalikan..heheh..seronok la tu dengar lucah2..poyo, lynt pun sama..
hehehe…aper2 pun, bangga lah lop tgok lu dah ader kad..gua pun tak tau la bile baru ader.Yang penting, lynt mesti tak der kan..hahahaahaha…

emm..tak lamer lagi nak konvo plak..duit lagi…nak pi main nombor ekor la..untung2 kene..leh jadi org kaya!!!!!….

Hari2 yang bosan…

Tuesday, June 21st, 2005

isk..awatlah dua tiga hari ni rase cam tak best jer..bos pun moody sentiasa..diorg datang bulan kot.Opis pun tak berapa meriah..sumer org mmg tgh banyak keje giler, tp suasana yg muram menyebabkan sumer org malas nak wat keje…syahdu je rasenye..aku?…lagilah pening..keje banyak yg due..nak discuss, bos tensen semacam..so aper lagi..ngan aku2 sekalilah ambil pendekatan memendingkan sumer keje…jahanam.

Esok kes Dato’ Nuri sambung..cross exam..biarlah org tua tu lepaskan segala aper yg dia rasa dan dia simpan selama ni..at least kalau dia mati pun mata dia tak lah celik sebab kempunan…hehehehe…All da Best la Dato’…(jap lg kena call dia remind pasal esok)…concernnyer…nak jadi Datin ke ni…eeeee…uwweeekkk…

Semalam abang beli novel baru dari Fauziah Ashari…sambungan dari Ombak Rindu..dah lama dia cari novel tu,sebab dia mmg suka giler…aku ngan akak aku..apatah lagi..menumpang sekaki la..kitorg kan keluarga picisan…

Tak abis baca lagi..tak tau la bila nak abis..skang ni, mata aku kalau kul 11 lebih jer, start la beratnyer Ya Allah…novel2 Fauziah ni best..garapan tentang kehidupan dia realistik…at least banyak la nilai2 dan norma2 yg dimabil mudah oleh manusia sekarang diingatkan semula…

hidup kita adalah ketentuan dan urusan Allah dan kita mencorakkannya mengikut gerak hati yang  tidak setiap waktu betul..namun apabila kita tersilap membuat perhitungan,  jalan Allah sentiasa terbuka untuk kita menilai kembali  kesilapan dan memperbetulkannya. Maruah dan keluarga adalah prioriti…dan tidak ada istilah kompromi dalam mempertahankan keduanya…tembok ego itu perlu, namun ego bukan suatu keperluan yang mutlak demi menjaga maruah. Hormat-menghormati itu sulaman indah dalam kehidupan untuk mengajar manusia erti menghargai dan mensyukuri setiap kemanisan hidup yang dianugerahkan…ujian itu kemestian utk menambah keimanan dan keredhaan terhadap Tuhan…dan tolak ansur itu keindahan yang tiada tolok bandingan demi sebuah kebahagian…

akhirnya…aku sedar..kita perlu berpijak di bumi yang nyata dan melihat kelemahan diri…satu jari menuding kepada orang lain…selebihnya menuding diri sendiri…
Nauzubillah…jauhkanlah aku dari takbur dan kekufuran

Erti Kesyukuran

Sunday, June 19th, 2005

Sabtu aku pergi daftar sebagai pelajar DSLP di UIA..alhamdulillah.aku harap, keputusan yang aku ambil ni betul dan dianugerahi kesabaran dan kekuatan untuk melaluinya. Thanx Adira, Aina n Shaha..at least akak tau akak masih diingati..hehehe..buat apa kat studio?em..tidak ada alasan lain melainkan nak jumpa adira yang minta tunggu kat studio..kalau tak..tak kuasa!!!
Mamu n Shun thanx call…akak ok..at least redalah sket perasaan yang tengah menggelegak waktu tu..
Tu cerita SABTU..

Semalam aku pi main boling ngan Family, Daud, Shun,Boy,Mamu n Jon.Best giler..em,,tp tak perform la..maybe sebab ader mamu kot.so sistem pendengaran aku terganggu dan hilang tumpuan..neway enjoy giler..

Lepas tu, aku n famili pergi ke HUKM, melawat sahabat lama aku yang aku kira sudah 5 tahun tak jumpa. Berita dia terlantar di hospital juga aku dengar secara tak sengaja..dan aku berusaha untuk mencari maklumat..alhamdulillah, akhirnya aku diberi jalan untuk bertemu dengan beliau.

Ya Allah, sebaik melihat beliau, tersentaknya aku,hiba, sedih,sayu,takut insaf segalanya bercampur baur..

Seorang sahabat yang dulunya sihat bergelak ketawa kini terlantar sakit dan menanggung azab ujian kasih sayang dari Allah.

Aku pun tak tau sakit apa yang dihidapinya..tapi menurut beliau…ususnya bocor,rosak, busuk dan bernanah.Kini nanah dan kuman telah memenuhi keseluruhan abdomen dan hatinya telah berjangkit dan rosak. Dah dua minggu beliau di HUKM, setelah hampir dua minggu dimasukkan ke wad hospital di Indonesia sebelum kedutaan menghatar beliau pulang.

Hibanya aku bila mengetahui yang beliau tidak makan dan minum selama hampir dua minggu di HUKM,tambah sebak bila melihat segala jenis wayar yang berselirat di badan dan mesin yang berdetik setiap waktu..kesan pembedahan di perutnya yang panjangnya kira2 20cm dibiar terbuka dan tak berjahit…untuk memudahkan doktor "mengerjakan"nya..Ya allah azabnya dia..matanya yang kuning akibat hati yang telah rosak sememangnya tidak mampu membuat aku bertahan untuk tidak menangis..tambah lagi melihat kepayahanya menuturkan bait2 kata..Ya Allah…aku tak berdaya..

Melihat penderitaan itu, aku insaf dan bersyukur…walau apa pun kekurangan yang aku miliki, aku bersyukur..kerana aku sendiri tidak pasti samaada aku setabah dia jika diuji sedemikian rupa.

Kepada teman2, doakanlah sahabat yang sedang menderita ini…moga dengan doa, beliau akan sembuh dan berjaya meneruskan pengajian di Universiti Indonesia yang hanya tinggal 2 tahun lagi sebelum beliau mencapai cita-cita beliau bergelar DOKTOR…Ya Allah…kurniakanlah kesejahteraan buat sahabatku Shaiful Irwan Hussein..moga dia terus berada di dalam rahmat dan lindunganmu.

kahwin?????

Monday, June 13th, 2005

Best sangat balik kampung. kali ni balik sebab member baik kawin..dah selamat dah dia jadi bini orang.Hubby dia pun ok..ramah la jugak..kira leh la masyuk..Moga they live happily ever after…hehehehe..
tapi yang tak bestnyer..bila dah gather ramai2 tu..banyak la pulak soalan yang kena mengena ngan bab kawin gak..tambah plak..biler org sebelah asyik senyum manjang jer..(sori..lambat lagi yer).Emm..ape nak jawab..lum jodoh la kan..ataupun..seru tak tiba lagi..hehehehe…pada yg tertanya2 tntg org sebelah tu…em,tak der apa2 la..baru nak cari keserasian jer..(after 15 years kenal..baru nak serasi..hehehe)..tengokla..kalau ade jodoh..ader la..kalau tak der..ngan org lain la kot.Anything can happen..moga jodoh yang ditentutan Allah adalah yang terbaik..Moga lewat..tapi selamat..hehehe

Kejutan!!!!!

Thursday, June 9th, 2005

Semalam pergi ikut bos gi discussion ngan MAS kat Subang.Best giler dengar pasal IP…Dia bawa aku sebab nak bagi aku expose ngan benda2 IP ni..maklumla..nak retain la kononya kan..hehehehe…emm..Shahnaz pun mmg lawak giler.Mmg best la. Balik semalam lebih kurang 4 lebih tu..perut lapar sgt.En.Azmi blanjer makan Mee Kari yang mmg best kat Bangsar..(lepas ni nak ajak famili gi plak la)..punyer la seronok, sampai ke petang..so, malas la aku nak balik opis. Dia drop aku kat Bangsar…

Masa tunggu bas 12 tu la kejutan telah berlaku…jeng–jeng–jeng..Jeeva, dari Legal Aid Center bagitau aku ader Mid Term Review..petang tu. Sumer org dah ada except me.So dia nak confirmkan before they start.Apa lagi!!!..kamjat beruk la aku..mau seram jugak la..camner la aku boleh luper..tu la ..dok berseronok sangat..heheheeh..

Malam, Hot n Boy datang, coz aku nak pinjam charger.Makan, tgok rancangan picisan dsbgnye, aper lagi,abg ajak buka table UNO la jawabnyer.Aper2pun hot mmg manjang bottom three..heheee.

Waarrgghhh!!!..ngantuknyer..nak tido jap la..sok nak balik kg lagi..member kawin.Malam ni ader pakatan sulit..nak mengadudomba..hahahahaa…em..tak sabar nak rasa orang blanjer..nyam..nyam..

Release……..

Tuesday, June 7th, 2005

Uish…ari ni penat giler.Banyak benor keje nak kene buat. Luckily, bos kene gi terengganu..so..selamat…hehehehe
Yang buat aku release sgt ialah bilamana sumer bende2 penting yg aku nak buat dah setel..pagi tadi aku dah selamat buat MYCARD…walaupun org lain dah lamer gune.Nasib tak kena fine. Pas tu aku dapat beli…………baru..em..bestnyer.Walaupun murah, tapi rasa puas, sebab guna duit sendiri.

Pasal pergolakkan yang tgh hangat dalam e-mail "keluarga diaorg" tu..lantak la.Semua orang berhak bersuara. Cuma kalau betul tujuannya murni,bila dah dengar org meluahkan tu,tujuannya simpan..tapi menyampai..so…easy..sama jer…musnah jugak akhirnya.Surface macam hero la jugak..

Wuteva it is..aku kena jaga hub.ngan junior2 ni.Nanti kang, terhasut dan teradu domba plak. So, kenalah kawal pertemuan2 sulit di pusat boling sambil makan meggi kari, tengok movie dsbgnya. Payah gak ni…hehehe..

Enjoy n makan day!!!

Wednesday, June 1st, 2005

Semalam aku tak masuk opis.Kononnyer nak gi wat research, tapi hampeh!!satu aper pun tak dapat.Setakat sekeping dua potostat tu ader la..tp tak la namenyer research.Aku kalau bab pi library ni mmg phobia sket.Maklumlah, 6 tahun study kat U, leh kira ngan jari berape kali aku jejak situ..maklumla, kalau aku kat library nanti ramai lak yang "takleh tumpu study"..cam iklan SUNSILK tu..hehehe..best part kat library smalam ialah aku ditemani oleh Daud dengan harapan assignment dia leh siap, n research aku berjaya. Tapi aper yg jadi ialah..jeng..jeng..jeng..segalanye hampeh belaka.Ape lagi, sessi luah meluah la..Best gak..rase la release sket..thanks Daud..I know,i can alwez count on u.

Petang tu masa tgh tunggu keter sewa nak balik PJ, aku nampak Noks..Terkejut giler aku dgn statement yg dia kuarkan.Mahu pening jugaklah.Tak tau la Boy prasan ke tak…yg penting Daud dengar..dan dia pun dah naik kompius sama..ntahla..Yang penting aku mmg tak ader ape2 ngan org yang Noks sebutkan tu…dan tak pernah ada apa2..melainkan hubungan persahabatan yang tidak lebih dari tu..so..jgn salah paham lak..

Sampai umah PJ, terus dinner kul 7 lebih,coz lapar giler..pastu lepak2 jap sambil sembang,ngumpat,ngutuk dan sebagainya sambil minum kopi n bubur durian..abang ajak makan A&W lak.Emm,rezeki jgn ditolak. So..beramai2 kitorg gi makan.Shazzy ngan Zaki jangan jeles k..hehehe..lagipun korang banyak homework kan..kan..kan…(play safe).

Aku mmg dah full giler..sampai waffle aku pun tak sampai separuh aku telan..tak larat dah..aper2hal pun..Daud mmg gigih masa makan.Maklumla, reserve and cover masa musim sirip ikan..hehehe..

dekat kul 11 baru diorg balik Gombak.Malam tu, aper lagi..layan AF la kan..iskk..malasnyer nak keje esok..sehari kat gombak buat aku rasa cam nak masuk U semula…isk..isk..ops luper lak nak cakap kat AIN..thanks 4 ur matric card..u save my life dear..hehehehe