Hikmah Sebuah Kelukaan
Thursday, July 28th, 2005Tentunya aku bangga bilamana adik2 yang berjuang di Debat Alam Sekitar, di UTM Skudai lewat seminggu yg lalu beroleh kejayaan. Syukur atas anugerah kegembiraan yang dianugerahi Allah buat mereka. Moga kejayaan ini akan menjadi pemangkin pada kegemilangan yang berterusan. Insyaallah…Tahniah Daud, Nizam, Shun dan Adira..dan semua yg terlibat….
Aku kira ini adalah Debat Kedua musim ini yang tidak langsung menggamit aku untuk sama2 merasakan bahangnya,kerana aku sedar kedudukan dan prioriti yang harus diberikan..Debat bukan lagi keutamaan dalam hidup aku sepertimana dulu..kerana sebagai manusia, kedewasaan dan kematangan menjadikan kita lebih sedar akan hakikat dan bumi yg dipijak..di mana kita diperlukan dan di mana kita harus berada…apapun ada kalanya perasaan rindu dan sedih itu bertandang jua..mengetuk pintu hati..apakan daya..perahu sudah kudayung..tiada istilah berpatah semula dalam hidupku..cuma aku sering berdoa moga keputusan ini adalah keputusan yang tepat..dan tidak menyesalkan..
Aku ingin terus berbicara tentang erti bangga dan kekaguman. Aku amat tersentuh dengan pengorbanan seorang isteri yang pernah hiba hatinya dek nista yang dilempar kepada seorang suami..tentang seorang isteri yang duka dan lara lantaran fitnah dan hina yang dipalit pada seorang suami yang sangat dikasihi..tentang seorang isteri yang tabah dan sabar ditinggal demi tanggungjawab suami yang belum pasti dihargai…
Pada seorang isteri itu, ingin aku lahirkan rasa kagum dan bangga. Dia wanita kuat kerana tabah menuli telinga dari segala fitnah dan tomah hina…masih ikhlas senyumnya melayan minum dan makan pada insan2 yang belum pasti menghargai setiap keihklasan pengorbanannya…malah mungkin nanti turut menikam dari belakang…masih merah semangatnya untuk terus menyokong keinginan dan tanggungjawab suami walau hakikatnya dia cukup mengerti keperitan itu…
Pada sebuah pengorbanan dan keikhlasan isteri itu..aku doakan moga sejahtera hatinya..dan bahagia kehidupannya..kerana sedari lahirnya aku di dunia ini..aku tidak pernah melihat isteri itu melukai..walau aku hanya sebahagian kecil dalam hidupnya..namun aku rasa sangat dihargai…dan semoga kesyukuran itu..turut bermukim di hati insan2 yang mengerti…
Moga ada hikmah di sebalik kelukaan itu…