Archive for August, 2005

Malang tak berbau…

Wednesday, August 31st, 2005

Emm..sedey..sedey…sedey…handphone aku hilang last Monday…actually tertinggal kat atas meja di Hotel Singgasana disebabkan kecuaian sendiri yg xcited sgt nak bergambar ngan Daud..(Team Baju Hitam)..so in this case, Daud should be blamed (hidup kan kene tuduh menuduh)..malam tu mmg tak boleh tido la jawabnyer..maklumla, handphone is everything to me..barulah aku alami sendiri betapa sadis dan traumanyer bile something yg really important dalam hidup kita hilang…( now Boy, i understand better ur feeling)..

Aku mmg tak leh nak buat ape2 tanpa handphone. Mati kutu rasenyer..so dengan segala kesempatan yg aku ader hari selasa tu, aku gi dapatkan semula nombor lama kat Menara Maxis Klcc..after buat police report kat Dang Wangi…(Selamba jer kuar opis dari kul 1 sampai 3 lebih..winthout informing my dearest boss..hehehehe)..

So, petang tu, setelah mengorek2 duit kat segala tempat yang ada..aku pun carilah handphone baru…alhamdulillah..sekarang dah ada handphon esemula, barulah leh bernafas sket..cuma sesak sket la..maklumlah, duit dah terpaksa digunakan untuk sesuatu di luar perancangan…

Malam ni budak2 Debat nak gi Langkawi..but until now (1.45 pm) aku still tak decide samaada aku akan pergi ke tak…so..tengoklah nanti..kalau ada rezeki pergilah kot..tapi kalau tak pergi pun, sure tak ada apa yg kurangnyer ngan program diorg tu…juz hope, everybody enjoy!!!…

Enjoy2 jugak, akhirat jangan lupa..WORLD!!! (pesanan dari Mawi la..)..

Boy, kiter dah ada handphone semula kan?..bestnyer..rase cam bangkit dari sebuah kehilangan jer..akak harap lepas ni nasib akan menyebelahi kita..dan berdoa moga malang yang tak berbau tu tak kan berulang lagi..

Malang..

Tuesday, August 30th, 2005

Selepas berseronok makan2 n minum2 secara besar-besaran di Hotel Singgahsana…handphone aku pun terus singgah kat sana….emm…pergi tak kembali la jawabnya…nak buat macammana…bala Syazwan dan berjangkit kat aku la nampaknyer…

Harap2 ader la rezeki nak beli handphone baru..dapat yang cikai pun jadila..janji leh bernafas…hidup tanpa handphone macam bernafas dalam lumpur je rasenyer…

Detik2 Bermakna….

Tuesday, August 23rd, 2005

Pertama, TAHNIAH kepada pasukan ARKIB ( Syatir, Daud, Shun, Arina)..hanya yang mengerti dan sudi mengerti akan menghargai kesungguhan perjuangan kalian..bukan mudah berjuang dengan hati yang sarat luka dan jiwa yang tertekan hiba..kalianlah juara sebenar..dalam ertikata kejuaraan sebenar..akak tetap bangga dengan kalian.(Syaiful, Kak Kiah dan kak Sham)…tiada perkataan yang lebih tepat untuk menerangkan kekuatan dan kesabaran kalian melainkan…HEBAT…moga keikhlasan itu dihargai dan tidak disalaherti..insyaAllah.

Kedua, aku ingin berkongsi detik2 bermakna dalam hidup aku..22/8/2005, tarikh bersejarah buat aku dan keluarga… Hari Konvokesyen..aku bangga kerana berjaya menzahirkan impian keluarga untuk melihat aku memakai jubah dan berjalan di pentas menerima segulung ijazah. Kepada Abah, Pak Uda, Mak Uda, Along sekeluarga, Angah sekeluarga, Uda sekeluarga, Abg Boy sekeluarga, kakak Sekeluarga, rakan2 dan adik2 debat tersayang, terima kasih atas kepercayaan dan sokongan dan terima kasih kerana sudi berkongsi detik2 bahagia itu.
Juga untuk arwah emak ( Rokiyah Palil), kejayaan ini adalah untuk mak..mak yang telah melahirkan, membesarkan, meyuap makan dengan tangan, membelai mesra, memujuk bila hiba, memenuhi setiap yang diminta..mak yang terbaik dan tidak mungkin ada penggantinya. Walau mak tidak dapat bersama meraikan detik itu, tapi Yana nak mak tau  bahawa kejayaan ini adalah untuk mak..kerana hanya mak yang tidak pernah memperkecilkan dan sentiasa percaya  pada Yana…Yana sayang mak…

Kepada semua terima kasih banyak2…( kepada bos dan opismate..thanx byk2 atas ingatan)

em..so here hadiah yang diterima sempena konvo..so, member2 sumer jangan jeles tau!!..aku sure korang tak dapat bayak bunga cam aku..sampai kebas tangan nak bawa..hehehehe

1. Along…..bunga + RM100/-
2. Uda & abg Khair …..
bunga + makan2
3. Kakak……
bunga + tudung 2 helai
4. Abg Boy & Kak Ina ……
Jam Tangan ALBA
5. Pak Uda……
Bag Tangan POLO
6. Anak2 buah…..
bunga (terharu tengok diorg share duit)
7. Adira…..
Patung Doraemon & wish stick 4 convo warna biru
8. Raihan……
Frame Ayat Kursi
9. Jijah…….
Wish Stick 4 covo warna Merah
10.Rosdi…..
bunga
11.Angah kak Ros….
bunga
12. Ain…..
Frame Gambar ( sweet sgt gambar kita berdua tu kan?)..
13. Yoe…..
Frame Elephant..
14. Moon…..
bunga

Tima kasih untuk sumer..hanya Allah yang akan membalas segalanya…i really appreciate it..

Jerebu dan kisahnya…

Wednesday, August 10th, 2005

Aku rasa tahap jerebu kat Kl ni makin serius..sesak dan menyesakkan..bagi org yang antibodinya sangat lemah macam aku ni, mulalah dijangkiti pelbagai penyakit…selsema, batuk, tongsel, sakit mata, demam, bisa badan..complete package..so aper lagi…MC la dua hari…dua hari untuk berehat…
Emm..tapi demam ni bukanlah exclusively disebabkan oleh jerebu..maybe sebab aura "aduh SALEHA" kot!!..hehehe..wutever..yg penting WORLD!!

Emm..nak cakap pasal jerebu lagi…
Rasenyer jerebu ni pun ader la jugak signifikannyer ngan situasi idup aku dalam bulan ni..sentiasa berjerebu..kabur memanjang…jerebu tang mana?…tang mana lagi kalau bukan tang   "fulus"..

Aduh!! mmg pening..dengan elaun yang maha ciput, terpaksa digunakan dengan penuh himah dan bijaksana utk pelbagai tujuan…tambang yang dah naik, makan minum yang tak pernah kurang, bender2 diluar kawalan ( magazines especially)..ditambah lagi dengan Konvo yang akan berlangsung pada bulan ni…robe lagi, tempah baju, kasut, tudung, famili yang nak datang…emm..tu utk konvo…nak bayar BM Exemption lagi…banyaknyer..cukup ke saving ni??…pening2…

Bila lah jerebu nak berakhir ni..dah tak sanggup hidup dalam kesamaran dan kesesakkan..mintak2 hujan turunlah dengan lebat..

Emm..satu lagi kisah jerebu ni ialah bila laptop adik kesayangan aku "dipinjam" oleh seseorang yang tidak dikenali tanpa izin dan masih belum dipulangkan..sian dia..sabo yer..mungkin jerebu menyebabkan "dia" lum perasan no bilik boy kot..akak doakan semuanya selamat yer..jangan sedih2 tau..soal rezeki tu semua urusan Allah..pasti ada hikmah disebaliknya..

Atau jerebu ni petanda Allah tentang dunia akhir zaman….(..moga2 sempat bertaubat dan pulang dalam keadaan beriman dan sempurna hendaknya)