Archive for April, 2006

Balik Kampung

Wednesday, April 26th, 2006

Balik kampung!!..ho o o o balik kampung!! ho o o o balik kampung…hati girang!!!!….yer ker?..emm…ye tak yer je la..

Ape2pun, petang ni aku nak balik kg..dah lamer sgt rasenyer tak balik…tak tau la sampai biler..rasenyer selagi tak dapat keje, selagi tu lepak kat kg kot..em..hopefully dapatlah gak peluang gi umah jijah nanti..

uishh..skang ni dah kene pikir nak buat aper kat kg nanti…sure boring gell hell horror…heheheh

Hanya Ucapan terima Kasih…

Wednesday, April 26th, 2006

Maybe terlalu lambat..tapi tak per la..kire cam retrospective effect la ni…juz nak ucapkan thanx pada adik2 matrik yang sudi bagi bufday card..walaupun tersangatla lewat..really appreciate it….sweet sgt…Img_0056 thanx..Nanny, kajol,Ashu,Mc,Izat,Muiz and Tj…terharu sgt ni..mmg mantaplah kata2 dlm kad tu…TERUJA!!!..heheheh..

Nana, Ashu and Kajol thanx utk present…tak terbalas rasenyer..ingatan, kasih sayang, perhatian,pertolongan plus hadiah…akak akan mati dengan jasa kalian yang terbalas…love u gals..Img_0059

Sweet kan…sumer pink…thanx again dear..

PENGALAMAN NGERI

Sunday, April 23rd, 2006

Wif_sumai All sounds scary kan..padahal tak der mender pun. Actually aku baru je tamat PAC..ataupun PTD Assessment Center..poyo jer la pegi…

Actually, aku mmg under confident..mmg aku dah buat all out yg aku mampu, tapi bila tengok fasilitator yg handle program tu, aku rase mmg 80% susah nak dapat..maner taknyer, sumer fit2 n ramping2 belaka. masuk tang aku…hah..kepilkan lima org fasi. pun lom tentu dapat aku sorang..heheheh

Tapi banyk2 aktiviti tu..yang paling suffer bila kena lari..kalau org lain 2.4KM tu mungkin cam makan kacang jer..tapi dengan kapasiti aku ni, 100 meter pun rase cam nak pengsan..apatah lagi kat INTENGAH tu, kawasan bukit semata..mmg nak habiskan 1 round pun, nak tercabut nyawa..JELLAASS..aku buat half way jer..

nasib la..kang kalau pengsan, payah plak nak panggil kren..hahahahaahh..

walaupun , aku rase chances tu mmg kurang, tapi aku seronok la..sebab dapat pengalaman yg berharga..bukan senang nak rase semua tu..plus dapat kawan2 baru yg best n ambitious..mmg fun gell hell horror..

apa2pun, lepas ni dah tak boleh goyang kaki lagi..kene stat cari keje..compact powder dah nipis, lipstik pun dah nak abis..so kenelah carik duit..lainlah kalau abang aku org kaya yang ader duit 900K….barulah leh rilex2 sket…:)

Em…hopefully, senang la dapat keje..jadi sales gal pun tak per..sebab aku mmg nak jadi macam tu pun..heheheh..

wut eva it is…tak sabo nak balik kg…nak mintak maaf pada "org kg" yg dah susah payah datang ke UIA malam2 hari, tunggu nak jumpa aku..tapi tak dapat jumpa sebab aku sangat komited ngan upacara Unggun Api di Pinggir Sg Pusu..hehehe..

…..teman….teman tapi mesra…

Thursday, April 13th, 2006

Setelah lama ruang ini terbiar sepi, kini aku kembali menyusun bait-bait kata yang selari dengan perjalanan hidup dan bisikan jiwa…kematangan banyak mengajar aku erti redha,sabar dan sentiasa percaya pada hikmah Allah, lantas menjadikan aku semakin kuat dan membuang jauh erti putus asa dalam kamus kehidupan.

Alhamdulillah, kesempatan melawat seorang teman yang terlantar sakit di HUKM, menambah keinsafan dan kesedaran bahawa ujian Allah itu sememangnya adil dan diturunkan hanya kepada umatnya yang kuat dan tabah. Aku banyak belajar dari kesabaran, ketabahan dan kekuatan sahabat ini. Sentiasa yakin dan positif dengan apa yang dilalui membuat aku malu atas ketidakredhaan dan sungutan di atas setiap rintangan dan beban yang aku hadapi. Alangkah kecilnya kesukaran yang tertanggung di bahuku jika dibandingkan dengan kesakitan dan kesengsaraan yang ditanggung olehnya..seperti dahulu, doaku tidak pernah putus agar impian yang masih segar di minda dan jiwa sahabat ini akan segera tertunai.

Sesuatu yang ajaib juga berlaku dalam hidupku lewat musim ini.Seorang teman yang hampir 7 tahun tidak kudengar dengus nafas dan perjalanan hidupnya, muncul kembali dalam hidupku. Nyata Allah itu Maha Berkuasa menentukan takdir manusia.Kehadirannya sungguh misteri. Dia telah awal hadir dalam mimpi yang tak terjangka, dan lantas muncul di alam nyata ketika aku sedang tertanya-tanya.Aku yakin pertemuan dengan teman lama ini adalah ketentuan Allah yang pasti mempunyai hikmah di sebaliknya. Andai baik rahsianya, aku redha dalam kegembiraan, namun jika sebaliknya, aku juga redha atas ujian pertemuan dan perpisahan. Segalanya aku serahkan kepadaNYA.Kerana hanya DIA yang berkuasa menentukan segala-galanya.

Dia adalah seorang ‘teman’…..teman tapi mesra…