Archive for July, 2006

Full day!!!

Monday, July 24th, 2006

Actually..dis two days..were busy days eva..Sunday..aku spent time ngan Habib, nana, ej, mamu, mar n zura kat Midvel..hampir separuh hari jugak la.Sampai dah tak larat nak jalan lagi dah..heheh..emm..thanx habib for da sweet sandal..every time aku pakai, sure aku akan ingat kat kau..sepanjang kat Midvel tu, aku tak kuar duit langsung..sumernyer habib blanjer..hehehe..maklomlah, according to him, aku ni kan Gillete in making…tak kisahlah..heheheh…thanx byk2..tak terbalas rasanyer..tapi, dis is not da last tau!!!..gaji next month nak lipstik plak ek?bleyla..bley ek?….TIMA KASIH HABIB!!!

Emm..after sehari suntuk kat Midvel smalam, hari ni aku terpaksa bersakit jantung, hati n limpa utk g keje,,iskk…working environment sungguh not welcoming..workload..uishh..nak give up pon ada..tapi saborla banyak2…hopefuli i’ll get use to it..ASAP..

And after sometimes tak jumpa Muaz yg lately asyik nak cari pasal jer, malam tadi aku dinner ngan dia.Actually dia teman aku jer…emm..sampai hati adia cakap aku loser..huhuhuh..tak mo kawan dah!!..padan muka..nasib baik spek dia tak kene buang dalam tong sampah..kahkahakah..

And aku nak mintak maaf banyak2 kat Ejay sebab tak dapat tolong dia malam tadi..sowie honey…tak sengaja…if i knew it, of coz i’ll help u out…sowie banyak2…

Harta Pertama…

Friday, July 21st, 2006

Sekadar ingin berkongsi gembira…emm..alhamdulillah, dengan sedikit peluh yang mengalir, maklum saja aku tidak bekerja di bawah terik mentari…dapat juga aku kumpul sedikit wang simpanan setelah ditolak pembaziran ke atas makeup, kasut, movie n boling, dapat jugak aku beli sebuah anak kereta bernama KELISA…Buat masa ni, hanya anak kereta je yang mampu aku beli, Insyaallah kalau ada rezeki lebih nanti, dapatlah merasa pakai mak atau ayah kereta plak..hehehe..

So, dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada buah hati aku..ejay…thanx sebab setia mengambil dan menghantar aku g keje…Mumu yang terkadang kene rushing n Boy yang susah- payah menghantar ascort di pagi hari….tak terbalas rasanya..Insyallah..aku takkan pernah lupa.

Emm..so, sebagai meraikan anak kereta baru..kitorg pon gi la lepak2 kat Hartamas n main boling kat OU..emm..ejay was da first person yang mendapat pengiktirafan utk drive kete aku tu..siap cakap..kete aku masih KETAT..maklumlah..masih DARA..hikhihk..neway..really enjoy dat moment..

Insyaallah..ini hanyalah permulaan..moga2 rezeki akan semakin murah selepas ni..

Menanti Suratan

Thursday, July 20th, 2006

Agak lama juga aku tidak menulis. Samaada tidak punya kesempatan..atau sememangnya tidak bernafsu untuk berkongsi cerita. Semuanya serba mungkin. Mungkin bagiku, apalah yang hendak dikongsikan, sekiranya segalanya duka dan luka belaka.

Aku kira luka yang tercalar dek kekalahan di Integriti masih belum sembuh. Kini luka itu semakin dalam dengan kekalahan adik2 di FOMCA. Aku masih percaya pada takdir dan rezeki..namun di sebalik itu, aku juga masih tercari2 ruang untuk bernafas dan belajar menjadi lebih sabar dan tabah. Perjuangan bukan hanya untuk menang dan kalah. Ianya jauh lebih penting dari itu. Pengalaman, ilmu dan kematangan yang ditimba lebih mahal harganya dari sebuah kejayaan. Namun, alangkah manisnya jika segala pengorbanan masa, usaha, penat lelah dan air mata dapat dirasa dengan mengucup Piala Kemenangan yang ntahkan bila akan dapat dirasa.

Tears Aku tidak pernah berputus asa..namun jika kekalahan tidak henti bertamu, sesekali semangatku disapa dek jemu..dan aku takut, iman dan kesabaranku yang sedikit ini tidak mampu bertahan.

Aku sentiasa berdoa, moga Hikmah yang dijanjikan Allah tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menjengah. Perjuangan yang bakal bermula di utara tanah air tidak lama lagi, sekali lagi menghantui akalku, mendebar degup jantungku. Dalam pasrah, aku masih berharap, walau mungkin sudah bersedia dengan segala takdir dan suratan. Ini bukan bosan..tapi fitrah sebuah penantian.