Archive for August, 2006

Hectic Day

Monday, August 14th, 2006

Alhamdulillah…hari baru di tempat baru…semuanya serba baru..First day kerja from 8am-9pm..mmg mantap gell!!!

Tak per..ni semua cubaan dan tanggungjawab baru..sampai bila nak escape…emm..moga2 aku tabah dan sabar…

Emm….macam ada ura2 untuk say gud bye kat Debat..huhuhu..sedih gell!!!

Apa Kita Rasa Bila Ditipu??

Saturday, August 5th, 2006

Cam serius jer bunyinye kan?..actually tak der la serius maner..juz wanna share my story and try to get da feedback…

Emm..apa kita rasa bila ditipu?…tak kiralah samaada telah ditipu, sedang ditipu mahupun akan ditipu?..Biasanya jawapan standard yang kita dengar ialah…"KuranG Hajar!!!..rasa bengang, marah..tension, nak bagi penyepak pun ada..biaserlah ..manusia maner yang suka ditipu kan?

Aku tambah lagi situasinya…yang menipu atau cuba2 menipu tu plak adalah org yang paling rapat ngan kita, paling kita sayang dan paling kita percaya…..peningkan?..hehehheeh…

Tambah lagi..benda yang ditipu tu plak adalah satu isu yang sangat kecil..yg asalnya tak perlu pada tindakan menipu pun..So…

Actually..dis is my situation…i’m facing it now…I dun call it as "problem" coz i neva threat it as a "problem"..but it’s juz another incident or coincident dat will furnish my life wif another version of xperience…hehehehe..

It was nothing at da begining..but it’s turned to sumthing else later..why?…kelakar la..Actually, malam tadi aku hantar SMS kat sumone..with "ayat2" buFFF…as usual..macam biaser..ayat2 mendengki dan rajuk yg sengaja dibuat2..becoz, org yg akan terima tu, adalah org yg biaser terima..so..supposedly..nothing la kan..

tapi..kalau Allah dah kata sesuatu tu nak jadi..jadi la jugak..dengan SMS yang tersalah dihantar..aku belajar lagi satu perkara…tak semua yang kita lihat, percaya di mata kasar…benar dan boleh diterima…berhati2lah..kerana apabila dengan kejujuran sendiri,kita mengharap kejujuran org lain..tak semua benda tu boleh berlaku..dun surprise la..

hehehe…tapi, pada aku benda ni terlalu kecil..sebab aku dah melalui sesuatu yang lebih besar lagi…ni semua tak der benda pon untuk aku…sekadar keadaan yang menyebabkan aku semakin percaya dan semakin berpegang kuat pada pendirian dan kepercayaanku sendiri…"Kita tidak boleh mempercayai sesiapa pun"…hanya Allah sumber kejujuran yang tiada tolok bandingan..

Hari ini..aku belajar lagi dari kesilapan…

Manisnya Sebuah Kejayaan.

Tuesday, August 1st, 2006

Kemenangan Pasukan Debat Alam Sekitar hari ini di bumi bertuah USM, benar2 memberi kesan peribadi buat diriku sendiri. Biarpun jauh di KL, kesudian Shun dan Abg Lan menyampaikan info bagi setiap perlawanan menyebabkan aku sering merasakan diriku turut berada bersama2 mereka di sana. Debaran yang kutanggung mungkin lebih hebat dari debaran yang dirasai oleh adik2 pendebatku sendiri…gelisah, resah, runsing segala2nya serba tak kena. Setiap kali keputusan menang yang kuterima bg setiap pusingan awal, setiap kali itu jantungku berdegup semakin laju. Sakitnya penantian untuk mengetahui kemaraan pasukan ke pusingan kalah mati sehinggalah sms2 gembira yang kuterima tentang kejayaan kita menempatkan diri ke pusingan akhir. Hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya aku..serasa kemenangan semakin berpihak kepada kita.

Dasarnya aku tidak bercadang untuk bersama2 ke USM untuk menyaksikan pertandingan akhir atas alasan kerja yang masih belum stabil.Tapi, ntah desakan apa yang mencucuk segenap perasaanku yang akhirnya menyebabkan aku tewas..dan memutuskan untuk bersama2 kontinjen penyokong ke USM..mungkin aura Ketua Penyokong itu terlalu sebati dalam diriku.

Alhamdulillah..tiada kata yang boleh digambarkan..segalanya seperti mimpi..Saat dinobatkan sebagai JUARA..serasa melayang perasaanku..gugur segala bebanan di bahu…hanya Allah yang tahu..apa makna air mata yang deras mengalir itu…

Aku pasti..ini hadiah paling ajaib untuk sebuah perjuangan, pengorbanan, kelukaan dan air mata..

Aku yakin..ini anugerah paling manis untuk kesabaran, ketabahan dan doa khusyuk yang berpanjangan..

Aku harap..ini permulaan untuk sebuah kebangkitan, kesedaran dan kecemerlangan..

Namun di sebalik kepastian itu..satu yang paling aku yakini..dan aku harap akan berpanjangan…erti kasih sayang dan kecintaan yang abadi buat keluarga ini..menyebabkan kami menitiskan air mata yang sama dan cuba memahami erti kesetiaan sebuah keluarga….

Nyata….Manisnya Sebuah Kejayaan…