Sahabat atau kekasih…

Sengaja aku menulis tentang dilema yang mungkin sedang dihadapi oleh sesetengah wanita..dan mungkin aku menulis kerana aku merasakan bahawa ada di antara insan2 yang hampir denganku sedang mengalaminya tetapi tidak menyedarinya…lantas…ingin aku berkongsi dan bertanya pendapat..tentang jawapan dan pilihan paling tepat untuk menyelesaikan dilema ini..

Bayangkan jika kalian yang berhadapan dengan situasi ini…perlu membuat pilihan samaada mahu memilih kekasih hati dan kehilangan sahabat..atau terus bersahabat..tetapi kehilangan kekasih..???..

Aku bertanya kerana aku dihantui persoalan pilihan..siapa yang harus diutamakan?..sahabat yang sekian lama berkongsi susah senang..suka duka dan segala rasa..atau kekasih yang menyintai dengan kondisi bahawa tidak boleh berkongsi dengan sahabat2 lain..atas alasan yang tidak dapat aku rasionalkan dengan akalku sendiri…

Pasti ada yang memilih sahabat..kerana berpandangan bahawa sahabat lebih mengerti dan sedia menjunjung erti persahabatan dan kesetiaan hingga ke akhir hayat dan melupakan kekasih kerana pasti suatu waktu nanti kekosongan itu akan dapat diisi dengan pilihan yang mungkin lebih baik…

Dan..ada juga yang memilih kekasih..kerana sahabat tidak mampu memberi kehangatan jiwa dan membakar gelora rasa..sahabat tidak dapat menjemput pergi dan pulang kerja..sahabat tidak dapat setiap hari bermadah2 cinta….

Aku serahkan pada semua untuk memilih….bagi aku mudah..sahabat dan kekasih tidak diciptakan sebagai pilihan..tetapi sebagai manusia kita berhak memiliki kedua-duanya…kerana memiliki keduanya bukan suatu dosa dan kesalahan moral…malah ia tuntutan dan fitrah manusia yang saling memerlukan antara satu sama lain..kerana perkongsian itu..boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah dan wadah..maka terserah…

Jika kita memilih untuk dikongkong..membiarkan kebebasan diri disekat atas alasan cinta dan kasih sayang..maka kita sengaja membiarkan maruah diri diinjak-injak..dan hak sendiri disepak2 oleh insan yang bergelar kekasih yang pastinya tidak punya hak yang mutlak…

Apabila kita menuturkan sesal kerana kehidupan yang bakal kita lalui sudah kita hidu ranjau dan kesukarannya..namun kita masih tega meneruskan demi "sesuatu" yang hanya "kita" yang tau..maka kita sebenarnya berani dalam kebodohan dan keegoan kita sendiri…

Lelaki yang memberi pilihan antara DIRINYA dan SAHABAT..bagi aku adalah lelaki yang tidak wajar dihormati dan diletakkan di tempat yang tinggi…

Gunalah akal yang ada untuk menilai…

Aku menulis kerana aku terdesak untuk meluahkannya…

One Response to “Sahabat atau kekasih…”

  1. bro Says:

    indahnye hidup ini kalau kekasih tu juga sahabat kita…

Leave a Reply