Tanda-tanda Si Dia Mencintai Kamu.

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun kamu merasa sangat tidak selesa dengan keadaan fizikal kamu.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti "selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur, take care dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMSnya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku cinta padamu" tetapi berselindung ayat disebalik kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari lahir dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau menghantar ucapan melalui SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat kejadian yang dilaluinya bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya dan saat itu, matanya pasti berkaca, kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri sudah lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kamu musnahkan? Pasti kamu lupa, tapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu, kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya lakukan.
  10. Kalau kali terakhir kamu bertemu kamu mungkin sedang selsema atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon kamu untuk bertanya keadaan kamu kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu akan berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS "good luck" untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan satu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi barang itu sangat berharga dan istimewa padanya.

One Response to “Tanda-tanda Si Dia Mencintai Kamu.”

  1. bro Says:

    ehem… ni bukan tanda2 dia menyintai kamu… Silap la… ni tandanya dia sudah….”syoK senDiRi”… kah…kah…kah… Kl btul2 dah suka ha masuk la gelanggang, sape hebat dia la dpt… Tul tak kwn2?

Leave a Reply