Manisnya Sebuah Kejayaan.

August 1st, 2006 by catsons1605

Kemenangan Pasukan Debat Alam Sekitar hari ini di bumi bertuah USM, benar2 memberi kesan peribadi buat diriku sendiri. Biarpun jauh di KL, kesudian Shun dan Abg Lan menyampaikan info bagi setiap perlawanan menyebabkan aku sering merasakan diriku turut berada bersama2 mereka di sana. Debaran yang kutanggung mungkin lebih hebat dari debaran yang dirasai oleh adik2 pendebatku sendiri…gelisah, resah, runsing segala2nya serba tak kena. Setiap kali keputusan menang yang kuterima bg setiap pusingan awal, setiap kali itu jantungku berdegup semakin laju. Sakitnya penantian untuk mengetahui kemaraan pasukan ke pusingan kalah mati sehinggalah sms2 gembira yang kuterima tentang kejayaan kita menempatkan diri ke pusingan akhir. Hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya aku..serasa kemenangan semakin berpihak kepada kita.

Dasarnya aku tidak bercadang untuk bersama2 ke USM untuk menyaksikan pertandingan akhir atas alasan kerja yang masih belum stabil.Tapi, ntah desakan apa yang mencucuk segenap perasaanku yang akhirnya menyebabkan aku tewas..dan memutuskan untuk bersama2 kontinjen penyokong ke USM..mungkin aura Ketua Penyokong itu terlalu sebati dalam diriku.

Alhamdulillah..tiada kata yang boleh digambarkan..segalanya seperti mimpi..Saat dinobatkan sebagai JUARA..serasa melayang perasaanku..gugur segala bebanan di bahu…hanya Allah yang tahu..apa makna air mata yang deras mengalir itu…

Aku pasti..ini hadiah paling ajaib untuk sebuah perjuangan, pengorbanan, kelukaan dan air mata..

Aku yakin..ini anugerah paling manis untuk kesabaran, ketabahan dan doa khusyuk yang berpanjangan..

Aku harap..ini permulaan untuk sebuah kebangkitan, kesedaran dan kecemerlangan..

Namun di sebalik kepastian itu..satu yang paling aku yakini..dan aku harap akan berpanjangan…erti kasih sayang dan kecintaan yang abadi buat keluarga ini..menyebabkan kami menitiskan air mata yang sama dan cuba memahami erti kesetiaan sebuah keluarga….

Nyata….Manisnya Sebuah Kejayaan…

Full day!!!

July 24th, 2006 by catsons1605

Actually..dis two days..were busy days eva..Sunday..aku spent time ngan Habib, nana, ej, mamu, mar n zura kat Midvel..hampir separuh hari jugak la.Sampai dah tak larat nak jalan lagi dah..heheh..emm..thanx habib for da sweet sandal..every time aku pakai, sure aku akan ingat kat kau..sepanjang kat Midvel tu, aku tak kuar duit langsung..sumernyer habib blanjer..hehehe..maklomlah, according to him, aku ni kan Gillete in making…tak kisahlah..heheheh…thanx byk2..tak terbalas rasanyer..tapi, dis is not da last tau!!!..gaji next month nak lipstik plak ek?bleyla..bley ek?….TIMA KASIH HABIB!!!

Emm..after sehari suntuk kat Midvel smalam, hari ni aku terpaksa bersakit jantung, hati n limpa utk g keje,,iskk…working environment sungguh not welcoming..workload..uishh..nak give up pon ada..tapi saborla banyak2…hopefuli i’ll get use to it..ASAP..

And after sometimes tak jumpa Muaz yg lately asyik nak cari pasal jer, malam tadi aku dinner ngan dia.Actually dia teman aku jer…emm..sampai hati adia cakap aku loser..huhuhuh..tak mo kawan dah!!..padan muka..nasib baik spek dia tak kene buang dalam tong sampah..kahkahakah..

And aku nak mintak maaf banyak2 kat Ejay sebab tak dapat tolong dia malam tadi..sowie honey…tak sengaja…if i knew it, of coz i’ll help u out…sowie banyak2…

Harta Pertama…

July 21st, 2006 by catsons1605

Sekadar ingin berkongsi gembira…emm..alhamdulillah, dengan sedikit peluh yang mengalir, maklum saja aku tidak bekerja di bawah terik mentari…dapat juga aku kumpul sedikit wang simpanan setelah ditolak pembaziran ke atas makeup, kasut, movie n boling, dapat jugak aku beli sebuah anak kereta bernama KELISA…Buat masa ni, hanya anak kereta je yang mampu aku beli, Insyaallah kalau ada rezeki lebih nanti, dapatlah merasa pakai mak atau ayah kereta plak..hehehe..

So, dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada buah hati aku..ejay…thanx sebab setia mengambil dan menghantar aku g keje…Mumu yang terkadang kene rushing n Boy yang susah- payah menghantar ascort di pagi hari….tak terbalas rasanya..Insyallah..aku takkan pernah lupa.

Emm..so, sebagai meraikan anak kereta baru..kitorg pon gi la lepak2 kat Hartamas n main boling kat OU..emm..ejay was da first person yang mendapat pengiktirafan utk drive kete aku tu..siap cakap..kete aku masih KETAT..maklumlah..masih DARA..hikhihk..neway..really enjoy dat moment..

Insyaallah..ini hanyalah permulaan..moga2 rezeki akan semakin murah selepas ni..

Menanti Suratan

July 20th, 2006 by catsons1605

Agak lama juga aku tidak menulis. Samaada tidak punya kesempatan..atau sememangnya tidak bernafsu untuk berkongsi cerita. Semuanya serba mungkin. Mungkin bagiku, apalah yang hendak dikongsikan, sekiranya segalanya duka dan luka belaka.

Aku kira luka yang tercalar dek kekalahan di Integriti masih belum sembuh. Kini luka itu semakin dalam dengan kekalahan adik2 di FOMCA. Aku masih percaya pada takdir dan rezeki..namun di sebalik itu, aku juga masih tercari2 ruang untuk bernafas dan belajar menjadi lebih sabar dan tabah. Perjuangan bukan hanya untuk menang dan kalah. Ianya jauh lebih penting dari itu. Pengalaman, ilmu dan kematangan yang ditimba lebih mahal harganya dari sebuah kejayaan. Namun, alangkah manisnya jika segala pengorbanan masa, usaha, penat lelah dan air mata dapat dirasa dengan mengucup Piala Kemenangan yang ntahkan bila akan dapat dirasa.

Tears Aku tidak pernah berputus asa..namun jika kekalahan tidak henti bertamu, sesekali semangatku disapa dek jemu..dan aku takut, iman dan kesabaranku yang sedikit ini tidak mampu bertahan.

Aku sentiasa berdoa, moga Hikmah yang dijanjikan Allah tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menjengah. Perjuangan yang bakal bermula di utara tanah air tidak lama lagi, sekali lagi menghantui akalku, mendebar degup jantungku. Dalam pasrah, aku masih berharap, walau mungkin sudah bersedia dengan segala takdir dan suratan. Ini bukan bosan..tapi fitrah sebuah penantian.

Rezeki, nasib dan usaha…

June 28th, 2006 by catsons1605

Baru balik dari IIM…untuk bersama2 team Integriti. Alhamdulillah..sampai ke pusingan suku akhir. Walaupun aku sangat yakin dengan kemampuan  dan keupayaan pasukan untuk mara ke pusingan akhir melihat kepada persembahan pasukan2 lain, namun aku redha dan juga menerima segala keputusan sebagai takdir dan rezeki yg telah ditetapkan Allah.

Apa2pun. aku tetap berbangga dengan usaha dan kesungguhan yang mereka tunjukkan..Kekalahan ini tidak pernah mematah semangat juang kami, malah ia seperti obor yg membakar perasaan agar lebih gigih berusaha dan memperbaiki kelemahan diri untuk memastikan musim mendatang menjanjikan harapan yg lebih indah buat semua.

JoYriDe…

June 10th, 2006 by catsons1605

arini mmg best..aku g tengok pertandingan debat antara parlimen2 wilaayah kot..aku pon tak sure debat untuk aper..tp yg masuk cipul, ricca n kajol. As usual la aku akan sentiasa cuba mengavailablekan diri utk bagi support.

Em, mase pegi, aku satu kete ngan Ej, Hot n Mek..mmg hampeh. Perjalanan yg sepatutnyer dekat gell..makan masa sejam lebih juz becoz non of us yg tau jalan dan hala tuju..n kami dengan bangganyer bersama2 ej, meronda2 bandaraya Kuala Lumpur yang tercinta dalam KESESATAN….menempuh jam yg horror…dan mencari jalan yg mmg tak clear langsung direction dari MAmu..dalam kes ni, Mamu yg bersalah!!!..kihkihkih..

Aper2pun, kalau dah namenyer aku, ej, hot ngan mek sekete, perjalanan yang sesat pun jadi enjoy giler…penuh dengan  lawak jenaka sarkas yg terlampau…beserta lawak "LUCU+ L#$*@ oleh Ej da obscene..heheheh..(walaupun aku sama..aku tetap nak salahkan ej gaks..diakan junior..hehehehhe)…Joyride

Sampai Wisma SCA mmg ngam2 jer..cipul nak cakap..mmg mantap gakla debat tu..maklomlah, ader org tu dah lamer tak debat..heheheh..result tak kuar lagi, tapi 99% kompiden menang kot…hope so..

Alhamdulillah balik tu tak berlaku sebarang kesesatan..cuma setelah bertukar passenger, ej terpaksa singgah kat Klinik Chelliah..sebab ader org nak Kench-Kench!!!..DOWN…..JELASSSSSS!!!! aura toilet aku dah berjangkit kat kajol..hikhik…

And, malam ni  aku gigih giler tengok England V.Paraguay..walaupun langsung tak minat bola, tapi memandangkan ada Beckham n Owen, aku gagahkan jugaklah mata..mmg tak best langsung game tu…bosan..owen tak perform langsung..(ceh!!!siap pandai komen plak aku ni)…emm..family Kota pun dah balik Johor tadi..moga2 selamat dalam perjalanan.

Sok nak tengok Konsert AF..harap2 ramailah yang kuar esok..cepat sket abis..

Bukit Tinggi Dalam Kenangan

June 8th, 2006 by catsons1605

Semalam aku ngan family gi holiday ke Bukit Tinggi Pahang..saja bawa anak2 buah sementara masih cuti sekolah. Best giler..kitorang sewa bilik kat BERJAYA for day use..bilik dia mmg class..mantap gell!!!..then breakfast like a king..hehehe..em, pusing2 gi Japanese Tea House.Dapatlah tengok Tea Ceremony yg mmg dasat. We spent about 30 minutes juz utk tea ceremony ni. Mmgla org jepun ni sangt patuh pada tradisi diorg..sopan santun n slow motion giler.Sumer bende yg ader dalam tempat tu, nak diadmirer..phuh..lenguh jugaklah tunggu. And we have to pay RM20 per head juz for that ceremony n 3 & 1/2 sips of tea..aku mmg tak leh telan langsung tea tu..semacam jer rase dia. Emm,bebudak ni enjoy giler main ngan rabbit kat Rabbit Park, while aku hanya merenung rabbit dari kejauhan…heheheheh..

Em, new xperience biler dapat main archery..n yg lebih best biler aku dapat hit yellow circle yg org lain failed.Bangga gell!!!…

Emm..da best part wus karaoke session.mmg masing2 dok pulun maut la…aper2 pun semua mengiktiraf aku n my sister as da best performer…maser kitorg dok gagah menyanyi sambil bergelek lagu dangdut DAG DIG DUG!!!…mmg outstanding performance..heheheh..bukan senang nak tengok kakak aku sporting camtu..Adlin sure salute punyerla…kahkahkah

N, last nite jugak ader selection untuk team Integriti and Fomca..so for those selected..Congrats!!!..all da best..may dis time, kiter akan lebih bernasib baik..itupun jika usaha dan komitmen yang diberi layak dikira sebagai langkah sebagai juara la..kalau tak..simpan jer la angan2 tu…Apa2pun aku tetap percaya bahawa semua yang dipilih adalah layak untuk menggalas cabaran Universiti dan bakal membuktikan sesuatu. Dan bagi yang tak terpilih…mungkin belum rezeki, dan dunia masih belum berhenti berpusing..insyaallah..masanya akan tiba…

Macam-macam Ada!!!

June 5th, 2006 by catsons1605

Sambung dari 1st concert AF..actually aku tak concentrate sangat sebab sibuk menyembang ngan bebudak debat yang lepak kat umah aku rite after pegi wedding syakin. Mmg bestla bergelak ketawa, mengutuk dan sebagainyer. N aku pun dalam tak concentate, mmg seronok gell biler Nora kuar..naper la tak kuar 2 atau 3 org terus..meluat aku tengok si Amirul n dua tiga org lain..eeeuuuuu!!!..

Emm, after konsert, Daud, Hot n Tj n Nana tdo umah aku..dok melayan YM, n frenster..mmg syok..lagi syok sebab aku dapat make over Tj..sampai jadi drag queen yang islamik..sebab pakai tudung..heheheh

Then, petang tu aku anta daud n Hot balik Gombak..rupernyer jadi citer lain plak.Kitorg sampai gombak, dok amik Boy n Sinchan pi main boling kat OU..pastu yang lawak part ialah bersoping barang2 dapur kat JJ..dah rase cam maid plak..hehehe..sampai umah, aku dok masak aper yug patut n kitorg dinner kul 10 lebi..mmg mantap la…seronok sangat dinner ramai2…makanan yang taksedap pu, leh ditelan tanpa halangan..heheheh

N tadi pagi aku hantar diorg balik coz Hot ader class kul 11..bebudak ni sumer dah tak leh  bukak mata..maner taknyer kalau subuh baru nak tido.

aper2pun…this time, walaupun family aku balik kampung, n sepatutnya aku rase lonely, tapi tak langsung…maner taknyer…aku sentiasa ditemani oleh adik2 yang best gell hell horror…..swonok sgt…emm untuk adik yg tak der kat umah, tapi sentiasa memantau dan dipantau pergerakannyer..next time kiter g main boling plak k..

YIppie!!!!!!

June 3rd, 2006 by catsons1605

Hip hip hoorrayyy!!!!..finally abis gak exam aku..setelah  berpenat lelah menahan mata dari tido coz nak study nyer pasal..selamat jugak aku menyelesaikan final paper (evidence) aku yang tertangguh dek kerana masalah kesihatan…harap2 oklah..aku mmg dah all out yang termampu…kalau sangkut..mmg first time in life la aku fail..usikk..mau jadi sejarah hitam tu…

Emmmm..ari ni gak akin n ami nikah kat johor. Sedey sangat tak dapat gi, nak wat camner..dah terpaksa dok utk xzam ni. Down gaklah, mmg dari awal aku plan nak pegi, siap dah tempah baju baru lagi,tapi dah tak der rezeki ..nak wat camner…aper2 pun aku doakan semoga mereka kekal dan bahagia selama2nya.

Emmm..abiz exam, aku lunch ngan Muaz kat McD Projet Gombak..nasib baik ader dia…kalau tak..sengsorang la aku. Emm..almost 3 hours jugaklah kitorg dok lepak…heheheh…macam2 hal kitorg sembang..mmg lawak la…sementara dia tak der awek ni, leh la layan aku..sok sok..biler dah ader awek..akak dia ni simpan dalam stor je la..hikhikhik….

Emm..malam ni 1st Konsert AF4..mintak2 ader la penyingkiran. Bosan tu tengok diaorg..cam tak der feel la nak layan AF4 ni…emmm…okla..nanti lepas abis AF..aku sambung …

Wonderful..colourful…n fool..

May 29th, 2006 by catsons1605

Start dari saturday, sunday n today..aku tak lekat kat umah…Saturday balik Muar sebab nak lawat atuk abang yg sakit. Punyerla rushing nak tgok konsert Prelude..ruper2nyer…tak der..Debaran Prelude je upenyer…DOWN!!!..patutlah jalan jam..n hujan lebat..JELAASSS!!!…Allah tak redha..heheheh..

Sunday plak aku n family pergi Felda Purun Triang, Pahang..attend baby ( ex-opismate) nyer wedding. Punyerlah lawak, aku sampai sana kul 3.30..n majlis dah abis..siap dah bukak balai lagi. Mujur pengantin lom tukar baju. Tambah best, bila boss n kak acha n husband (pun ex-opismate) sama2 datang lambat..so kitorang dapat special treatment dari pengantin…seronok sangat…anyway..CONGRATS 4 Baby and A.Ameen…moga kekal selama-lamanya. Harap2 dapatlah berkat pengantin..heheheheheh

And today plak..aku dok abiskan satu hari ngan Raihan kat KLCC..syok sangat. Pi tengok movie citer "Over The Hedge"..walaupun aku ni kureng sket tengok citer2 cam ni..tapi since ader orang blanje..layan jer la..nasib baik citer tu syok giler. Tambah best lagi biler aku langsung tak kuar duit..sumernyer Raihan sponsor..syok giler..yang paling best dapat minum air jer harga dia sampai 18 hengget..hahahahaa…memang mantaplah Raihan…Thanx banyak2..tak terbalas rasenyer…nanti lain kali sila2lah blanjer akak lagi. Emm..nantikan kiter nak shopping mantap2 kan..?hahahah

So..hari ni..sepanjang tiga hari ni..idup aku penuh dengan warna2 ceria dan gembira..dats y..so wonderful n colourful…

Tapi yg tak syoknyer…setelah bercolourful n wonderful tu..ending malam ni dengan peristiwa yang leh dikategorikan sebagai Fool la jugak..uisk..pasal apa la susah sgt nak layan perasaan ni?..emm..masalah jiwa yg tak jumpa2 jalan penyelesaian..i told everyone yang aku dah end up ngan "kekasih Gelap" aku tu…tapi naperla dalam hati ni..macam ader sumthing yg still unsettled…isskk..bodohnyer la aku ni…huh….